Sunday 14 July 2013

See Again Next Time If Allah Created Something To Us

why im created this ? u know what . now my feeling so worst .. tak dapat digambarkan
dengan kata2 , hanya Allah je tahu apa aku rasa sekarang .
aku dah memutuskan hubungan persahabatan yang hampir setahun terjalin kerana
hendak menyedapkan hati . lagi2 dibulan mulia ni .
terukkan aku ? :')
Ya Allah .. kenapa benda ni terjadi saat aku ingin kecapi kebahagiaan ? aku tak layak ke untuk bahagia dgn mana2 laki sampaikan aku sanggup menipu dia ?
maafkan koi ijat . koi dah tipu aox :')
koi tipu pasal koi sakit , jangan marahkan intan sebab intan tak tahu apa2 .. koi cuma mintak tolong dia je .. kenapa koi buat macam tu ? koi nak tengok keprihatinan aox kat koi . aox pernah cakap koi kawan rapat . apa reaksi aox bila dapat tahu koi sakit . dan paling penting koi dah tipu aox pasal mesej kawan koi tu
ye ~ mesej tu koi yang tulis , tiada 'kawan' di situ
kalau ditakdirkan aox baca blog koi ni .
mungkin lebih hebat kencangnya kemarahan aox pada koi sebab mesej tu tapi dah terlambat. koi pasti aox tak menyesal sebab sekarang koi
dah pon pergi dari hidup aox 
tak perlu bersusah payah lagi aox nak marah sebab semua ni 
koi tahu aox kecewa , terkilan dengan tindakan bodoh koi ni 
koi pernah cakap yang koi benci bila koi sukakan orang .
koi suka buat benda bodoh . ni semua salah koi ..
lagi bertambah sedih bila koi senang2 marah aox padahal dalam hati Allah je tahu macam mana
koi menangis sebab marahkan aox , 
siapa lah koi nak marah aox mcm tu sekali
koi mintak maaf ..


semua ni salah aku sebab kitorang jadi macam ni .
aku marahkan dia and gelarkan playboy bukan saja2 tapi aku tak nak jadi macam watak dalam novel
''PLAYBOY ITU SUAMIKU?''
aku bukan pegang watak utama , 
tapi watak perempuan yang dipermainkan . rela ke aku ?
tidak sesekali , hati aku bukan untuk dipermainkan
mungkin aku bodoh dgn membiarkan ijat selamber bersayang bagai 
walau pun aku dah menghalang , tapi aku degilkan hati dengan mengatakan 'aku tak kesah'
tuhan je tahu betapa bahagianya aku
bila disayangi
walaupon dipenuhi penipuan :')
bagi aku , dapat rasa sikit pun jadi la walaupun tipu
tapi tanpa sedar hati aku mula dah tak keruan dengan tindakan dia
mungkin sebelum bagi aku itu biase tapi kelama2an perasaan tu menjadi luar biasa selepas
kekecewaan aku terhadap kamal
keprihatinan ijat terhadap aku selama ini yang aku butakan hanya kerana mengejar bayangan 
kamal ariff
ye aku tak nak biarkan dia terus menyentuh lagi mana2 hati perempuan ..
cukup la stick to one , thats enough . why must more than one ?
apa yang nak dia dalam hidup untuk puaskan hati ?
boleh dikatakan selalu mimpi aku dibayangi wajahnya bahkan fizikal dia
kenapa dia ?? 
dan kenapa aku pandang lelaki yang lain aku rasa kosong ??
kenapa ijat yang aku fikir lepas tu ? 
kenapa mesti dia walaupun sesaat aku tak pernah bertemu dengan die jauh sekali untuk bersemuka ?
apa kene dengan aku ni ??
  sakit hati aku memikirkan hal ni
padahal banyak lagi yang aku boleh buat untuk bahagia .
sejujurnya setiap kali kawan2 kelas bercerita pasal pasangan masing2 hati mana tak cemburu melihat kebahagiaan diorang ?
aku hanya manusia yang sempurna akal tapi mengejar bayangan yang tak pernah aku tahu rupanya
menyukai dalam diam
merindu dalam doa
mencintai dalam hati
dia sebahagian dalam hidup aku
dia ibarat separuh nyawaku
dia ibarat penawar dalam hidup
dia juga racun dalam diriku
bila rindu , aku scroll balik semua mesej dia yang lama2
tak puas lagi , aku cuba termenung
membayangkan kebahagiaan aku dengan dia
meskipun die bukan tercipta untukku
biarlah dia di dalam hati selamanya
sayang aku pada dia , setia sampai mati
jika aku diberi peluang untuk menjadi sebahagiaan daripada hidupnya
kan ku korban seluruh jiwa ragaku untuk membahagiakan dia siang dan malamku
itu janji untuk sang suami
:')
tidak pernah aku putus doa semoga dia yang terbaik buatku
walaupon marah , kecewa , terkilan masih bersarang dalam hati kerana kelakuan dia
sejahat2 dia , hatiku tidak menafikan yang dia lah manusia yang paling aku sayang
sayang kerana membantu aku dalam segala urusan agama
ingatkan dia lalu aku teringatkan Allah S.W.T :')
kalau la semua mesej2 dia yang berbaur kebahagiaan tu menjadi realiti suatu hari
aku lah manusia paling bahagia dalam dunia
Ya Allah jagakan dia buatku ,
meski Kau tidak ciptakan dia buatku
tapi Kau berikanlah jodoh yang jauh lebih baik dari diriku yang kejam ini
kejam terhadap MOHD IZZAT
kejam kerana menyeksa perasaan diri bahkan dirinya juga
aku terlalu rindukan dia
rindu setengah mati
apa yang aku mampu buat hanya berdoa
berdoa untuk kebaikan , kebahagiaan dia :')
dan setiap bait2 cinta yang aku ugkapkan , luahkan , tuliskan
adalah benar dan telus dari hati
bukan saja2 ataupun permainan
aku sedang menggambarkan perasaan sebenar aku terhadap dia
meskipun dia memikirkan aku main2 

hati mana tidak sakit merasa kehilangan ?
siapa nak kehilangan orang yang disayangi lagi2 dah lama terpahat dalam hati
benda dah berlaku . ni semua mimpi buruk sebab aku dah kehilangan dia
serius aku dah terasa lemah bila sehari tak ada mesej dari dia
Ya Allah sakitnya hati



aq tak ingat bila aq edit gambar ni
dah lama
tapi bagi aku
gambar ni lawa ..
gambar ni penghubung :')


We Friends Never Die ~


aox terlalu baik untuk berkawan dengan manusia jahat macam koi ..

Friday 12 July 2013

Tabahkan Hatiku Ya Allah

Salam pertemuan kembali :)
Alhamdulillah sekarang dah masuk 3 Ramadhan . first time puasa di UiTM . hee btw asrama sunyi gila . ramai sangat balik minggu ni , rugi aku tak balik . haish .. btw kenapa dengan entri aku ni ?
hemm aku pon tak reti nak cakap macam mana , so kalau nampak ayat aku syok sendiri tu mohon jangan gelak , aq tengah sedih gila ni . sedih tak habis je aku ni , pasal apa lagi
manusia jugak

Semenjak 2 menjak ni ijat dah jarang layan mesej , dah sampai 3 hari tak mesej , kalau mesej pon sekali 2 balas pastu hilang macam tu ..
jenis aku pula mula la fikir lain .. hemm maybe dia dah ada yang istimewa .
tapi dia cakap dia tak ada , tapi kenapa dia abai mesej ? cakap je la aox dah bosan dengan koi jat even kita hanya kawan , aq tak tahu kenapa aku perlu sedih sebab benda bodoh ni .
aku dah mula memaki diri
aku jatuh sayang lagi setelah hati aku kecewa dengan laki . aku tak mintak semua ni
aq cuba siang malam doa mintak kat Allah suapaya buang apa aku rasa ni ,
aku tak nak menangis lagi . aku dah penat menangis , aku dah penat sakit sebab ni . aku tahu aku tak kuat lari dari ni semua . semua ni hanya nafsu perasaan je tapi kenapa aku pandang laki 
aku tak serius ? kenapa sekarang mesti ijat ? apa yang istimewa pada dia sampai aku sanggup memperbodohkan diri aku ?
aku dah terasa macam tunggul bila mesej dia tapi 1 pon tak balas . bagi la tahu kalau dah ada istimewa , sekurang2 nya aku tak ganggu dia lagi , yang aku tahu aku nak tengok dia bahagia .
ye ~ aku tak pernah jumpa ijat tapi aku tak tahu apa yang aku rasa , boleh dikatakan setiap masa aku fikirkan dia . apa yang istimewanya dia ni sampai aku jadi macam ni sampaikan otak aku berfikir .. meskipun dia ada yang istimewa setia la sampai mati hasmira .. 
kenapa benda ni berlaku saat aku kecewa dengan lelaki ?
kenapa ?
aku dah cuba tak nak mesej dia tapi 2 3 hari lepas tu dia pulak mesej aku ..
dia tak tahu ke setiap kata2 keramat yang aku tulis adalah keramat bagi aku walaupun tidak dia , memang dia pandang aku sama je macam perempuan lain , tiada yang istimewa . aku ni just tempat lepaskan bosan , ye aku memang tempat lepaskan bosan je untuk laki ni !!
Ya Allah .. aku perit menanggung rindu , aku sakit merasa suka .. 
aku benci membuahkan cinta .
kenapa aku selemah ni Ya Allah ?
adakah kerana bebanan dosa yang aku tanggung sehingga Kau menghukum aku sebegini ?
betapa banyaknya dosa aku Ya Allah sehinggakan perasaan halus ini juga yang Kau uji kan padaku
kenapa tidak luka badan , kenapa tidak hilang ingatan :'/
aku tak suka dengan apa yang aku rasa sekarang ni 
aku benci ijat
aku sayang ijat


Ijat ~ bagi tahu koi kalau aox rasa aox ada orang lain , bagitahu kalau aox sibuk , bagitahu kalau aox tak perlukan koi lagi .. tak perlu la koi buat terhegeh2 kat aox macam orang bodoh . koi ade gak perasaan . kasar2 koi , koi masih perempuan ..
perempuan yang cengeng . perempuan yang masih kebudakan
perempuan yang masih tak dapat nak fikir dengan baik ..
fizikal mencerminkan peribadi koi jat .
koi tahu aox ada rupa , boleh pilih perempuan yang jauh lebih baik , cantik , tinggi segala .
koi tahu koi tak sempurna macam diorang tu semua tapi tolong bagitahu kalau koi perlu undurkan diri
koi rela daripada koi seksa perasaan koi sendiri ..
mintak maaf sebab block aox . koi terpaksa sebab koi tak nak lagi seksa diri koi ..
mungkin kat sini koi senyum koi gelak dengan kawan 
dalam hati siapa je tahu selain Dia
hati koi sakit .
aox terlalu baik ..
koi pon tak layak jadi kawan aox  
kerja aku menangis dalam hati ,
aku tak suka tunjuk kat kawan2 aku
dalam solat pon aku boleh fikir pasal dia
pastu mula la maki diri depan Allah sebab tak khusyuk pasal ni
tak ada orang lain ke koi nak fikir selain aox dalam solat koi ni ?//


Dia memang hanya dia
Ku selalu memikirkannya
Tak pernah ada habisnya
Benar dia, benar hanya dia
Ku selalu menginginkannya
Belaian dari tangannya
Mungkin hanya dia
Harta yang paling terindah
Di perjalanan hidupku
Sejak derap denyut nadiku
Mungkin hanya dia
Indahnya sangat berbeda
Ku haus merindukannya
..
Ku ingin kau tahu isi hatiku
Kaulah yang terakhir dalam hidupku
Tak ada yang lain hanya kamu
Tak pernah ada
Takkan pernah ada
Benar dia, benar hanya dia
Ku selalu menginginkannya
Belaian dari tangannya
Mungkin hanya dia
Indahnya sangat berbeda
Ku haus merindukannya
..
Ku ingin kau selalu di fikiranku
Kau yang selalu larut dalam darahku
Tak ada yang lain
Hanya kamu
Tak pernah ada
Takkan pernah ada
aku dah penat dengan semua ni :') harap 1 hari ada orang dapat hilangkan

Thursday 4 July 2013

cOupLe

COUPLE ?

kapel ? kenapa aku citer pasal ni eh ? huehehe aku pon tak tahu kenapa , tapi aku rasa aku nak share sikit la definisi kapel bagi Nur Hasmira a.k.a El Sinatra *kunyah pop corn . gelaran nak gempak je aku ni .. wateber la janji aku kenyang kunyah pop corn ni -..- padahal dok sedut air tin 1.50 yang aku beli kat mesin bawah blok damar ni ahahha .. 
oke balik pada cerita la kan .. as known as you know la kan *bajet english . kalau korang ada yang baca entri aku yagng lama2 agaknya mesti korang tahu siapakah gerangan sang putera kayangan yang ada dalam hati aku sekarang :3 putera kayangan la sangat padahal rumah kat tanah jugak , tang bile terbang balik ke awan pon aku tak tahu , huahahahaha . aku pernah stay sekolah agama jadi sekasar2 aku pon dapat banyak la iktibar dari sekolah tu tapi sebab sekolah tu jugak aku merasmikan kapel yang pertama dalam hidup ahaha . but start dari kapel first tu la aku single sampai la sekarang , dekat 3 tahun dah aku single . alhamdulillah la .

so for me kapel ni macam contoh la aku tak suka kapel yang 1 kelas ke 1 kampus ke 1 sekolah ke *ceh ayat , padahal first time kapel dgn ajib tu pon kelas sebelah je :P ahaha , so korang faham tak apa yang aku maksudkan ? kapel dekat2 ?? ==' Ya Allah , dah la ngadap muka sama , duduk kelas sama , duduk sebelah2 , pastu bila ada kene jawap kat depan ke baca kat depan ke bila salah tak ke malu tang situ ? kalau aku kapel macam ni aku tak jadi diri aku sendiri . serius aku macam cover2 cantik , pakai lawa2 , kirenye aku tak jadi diri aku sendiri lagi2 aku jenis perwatakan kasar sikit . aku benci FAKE ! thats why bagi la hensem mana pon depan mata aku , kalau dah depan mata memang tak la aku nak terima kapel .. kalau nak gak baik ko gi belaja jauh2 huahahaha .. so aku prefer kapel jauh , bukan makna aku senang curang or tikam belakang . dari sudut kapel jauh ni la aku banyak berfikir . dosa tu memang la kan , tapi x banyak macam kapel dekat ni , zina mata bagai . lagipon UAI  ade sebut pasal kapel jauh ni .. prefer la kirenye . serius aku tak suka kapel dekat . sejahat2 aku nak tipu orang kata tak nak kapel pon , kalau aku nak gak kapel memang aku pilih budak jauh :P ahahaha HOI !!! siapa cakap aku nak kapel dengan ijat tu ?? :P bhahahahahaha *meroyan , ah aku tak nak ijat tu :P ada jodoh tak kemana kan ? :) memang la aku nak kat ijat tu tapi dia tu HOT sangat la , aku dengan dia dah macam enggang dengan pipit , hidung tak mancung hidung tersorong2 ahahaha lagipon dia nak macam tasha shilla tu .. bibir nipis . memang tak la dgn aku sebab aku lawan kepada bibir nipis , ramai cakap bibir aku seksi xD ahahaha so itu aset aku oke nak goda laki aku nanti huahahahahaha niat jahat mai dah xD gatal .. seriously bagi aku jugak aku tak suka kapel dekat sbb aku tahu perempuan ni pantang kalau pakwe mesra sikit dgn org lain mula la naik angin bagai nak rak , kadang2 yang aku peliknya ada yang just kawan je tapi jeles bukan main dok konker laki tu sampai gaduh la nak laki tu padahal kawan je pon . sakai amat -.- contoh macam budak kelas aku la .. kesian mamat tu , aku jugak yang kene tolong dia . pheww . ahahaha kesian amir . dari situ la sokongan aku kepada definisi kapel jauh lagi kuat berbanding kapel dekat , serius benci seyh . lama2 bosan aku hadap pakwe aku tu ahahaha . 

bagi aku jugak if la pakwe aku tu jenis melayan perempuan jugak , hemmm cemburu tu memang la tapi just kapel je kan , bukan ada hak pon nak halang die berkawan dgn sesiapa .. janji pakwe aku tu tahu yang die ada awek and melebihkan aku dari perempuan lain pon dah cukup :') daripada main belakang .. redha je la kan ? aku tak kesah , tapi aku nak dia tahu , even aku layan laki lain pon , dia tetap dalam hati aku dan dia satunya2 dalam hati , tak ada laki lain dan tak akan aku khianati cinta ini .. cewaahhh !!! ayat aku ahahahahahahaha tapi serius wei apa aku cakap ni *lap hingus :'( waishh malam2 macam ni la aku nak feeling nya ==' seumur hidup sampai sekarang sekali je aku kapel dan aku dah banyak belaja tentang ni , banyak kecewa mengharapkan orang akhirnya aku yang sedih sendiri nangis sendiri , tanggung rindu sendiri tanggung derita pon sendiri .. semua Allah yang bagi , aku kongsi dengan Allah time malam2 , lepas solat doa semoga dia untuk aku , malam2 sebelum tidur baca fatihah sebut nama dia mintak semoga dia jadi milik aku . tak putus2 aku doa semoga jodoh kami dipertemukan 1 hari nanti ..

aku tak tahu nak cakap apa , cuma harap kisah aku ni jadi macam SAIDINA ALI & SAIDATINA FATIMAH :') hope so .. aku redha kalau aku dipertemukan jodoh dengan lelaki tanpa cinta sebab aku tahu cinta lepas nikah tersangat la indah :) nikah disebabkan cinta adalah kebetulan dan aku harap iainya menjadi 1 kenyataan satu hari nanti .. hope sangat dia untuk aku . hidup mati bersama , namanya terpahat di dalam hati selamanya , aku hidup untuk dia kerana ingin menggembirakan hari2nya kerana Allah . ingin korbankan hidup aku untuk tengok dia gembira , tu je harapan aku untuk bakal ke sesiapa je la yang akan jadi milik aku 1 hari nanti ..

sekarang cita dia CINTA PADA ALLAH di tempat pertama , tanpa CINTA DIA , tak ada lah cinta kite pada manusia yang akan bahagia selamanya . tekadkan hati , sabar lah wahai Hasmira , 1 hari in sha Allah dengan kuasa Dia mana tahu apa yang kau inginkan menjadi milik kau , teruskan berdoa dan jangan pernah berhenti berdoa :')